link
About Me
- anasmono
- Alamat: SMK Bawong, 31110 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan, Malaysia-------------Tel: 05-5911152/05-5911153--------------Fax: 05-5911146 http://www.ubksmkbawong.blogspot.com/
Tuesday, 1 September 2015
Wednesday, 17 June 2015
DADAH...KESANNYA MEMBINASAKAN
Mesej kesedaran sempena Hari
Antidadah Kebangsaan 2015
DADAH...KESANNYA MEMBINASAKAN
Mesej kesedaran sempena Hari Antidadah Kebangsaan 2015
“No one is immune from addiction; it afflicts people of all ages, races,
classes, and professions.”
~ Patrick J. Kennedy ~
Hari Antidadah Kebangsaan disambut pada 19 Februari setiap tahun. Sambutan
ini bertujuan untuk
memperingatkan masyarakat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab
mereka mengenai ancaman
bahaya dadah terhadap keamanan, kesejahteraan, keselamatan dan kestabilan
sosio-politik serta
ekonomi negara.
Pada 19 Februari 1983, YBhg mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad telah
membuat pengisytiharan bahawa Dadah Musuh No.1 Negara. Pengisytiharan
tersebut dibuat
memandangkan bahawa:
- Penagihan dadah dalam negara akan mencapai tahap epidemik sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya;
- Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara di masa hadapan; dan
- Penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
Hari ini, pelbagai
cabaran baru timbul dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah.
Ini termasuklah masalah
penagihan dadah yang melibatkan golongan muda terutama remaja dan kanak-kanak.
Penyalahgunaan dadah jenis Amphetamine
Type Stimulants (ATS) seperti Ice, Syabu, Pil Kuda dan Ecstacy adalah
sangat membimbangkan kerana ia mudah didapati dan menjadi trend dalam
kalangan golongan remaja. Dadah-dadah jenis ini memberi kesan langsung terhadap
sistem saraf tunjang. Contohnya, pengambilan Syabu akan mendatangkan kesan high secara
serta merta dalam tempoh 5-10 saat kerana ia terus sampai ke otak.
Akibatnya, penyalahguna akan mengalami kurang selera makan, masalah tidur,
perubahan mood, psikosis atau gangguan mental iaitu ketidakmampuan
seseorang menilai antara realiti dan fantasi. Bukan itu sahaja, penyalahguna
Syabu akan kehilangan kawalan diri dan berisiko untuk melakukan
tindakan-tindakan
yang ganas dan agresif
seperti memukul, membunuh dan mencederakan orang lain termasuk ahli keluarganya
sendiri.
Perkhidmatan rawatan dan
pemulihan juga adalah semakin kompleks dan memerlukan kepakaran yang tinggi.
Memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah masa kini yang kebanyakannya
adalah penagih pelbagai jenis dadah dan bahan atau cocktail merupakan
cabaran yang sangat besar kepada semua pegawai-pegawai pemulihan.
Dunia menyaksikan kemunculan dadah jenis baru iaitu New
Psychoactive Substances (NPS). Menurut
United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), dadah ini dikenali
sebagai “legal high”, “research chemicals”, “plant food” dan “bath
salt”. Menurut UNODC, NPS merupakan dadah atau bahan yang mengancam
kesejahteraan penggunanya tetapi tidak terkandung di dalam Single
Convention on Narcotic
Drugs 1961 atau Convention on Psychotropic
Substance 1971.
Laporan Early Warning Advisory on NPS (Dis 2013) terbitan UNODC
menunjukkan bahawa terdapat lebih dari 340 jenis NPS yang telah dikenalpasti di
seluruh dunia secara akumulatif iaitu sejak dari tahun 2009.
NPS memberi kesan yang merbahaya
kepada kesihatan dan boleh menyebabkan kematian. Terdapat kes-kes bunuh diri
dan kematian yang dikaitkan dengan penyalahgunaan synthetic
cannabinoids, mephedrone dan synthetic cathinones seperti bath
salt. Contohnya Cathinone MPDV bertindak di dalamtransporter
dopamine di dalam otak 50 kali lebih kuat berbanding dengan kesan
Kokain.
Ini adalah kerana perbezaan
struktur kimia yang terdapat di dalam dadah tersebut menyebabkan kesan yang
berbeza daristimulant sedia ada.[1]
Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan pada tahun ini adalah menggunakan
mesej :
“Dadah...Kesannya Membinasakan”. Sebarkan dan sampaikan maklumat mengenai kesan danbahaya dadah
kepada seluruh anak-anak remaja terutamanya kepada seluruh ibubapa agar
mereka boleh membimbing anak-anak dan membuat pencegahan awal di dalam keluarga
masing-masing
Subscribe to:
Posts (Atom)