About Me

My photo
Alamat: SMK Bawong, 31110 Sungai Siput (U), Perak Darul Ridzuan, Malaysia-------------Tel: 05-5911152/05-5911153--------------Fax: 05-5911146 http://www.ubksmkbawong.blogspot.com/

Monday, 16 June 2014

AKTA DADAH

Bil
Akta Dadah
Tujuan Akta
1
Akta Dadah Berbahaya 1952
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
2
Akta Penagih Dadah.
(Rawatan dan Pemulihan)
1983 - (Pindaan) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.
3
Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
4
Akta Dadah Berbahaya
(Perlucutan Harta) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
5
Akta Racun 1952
Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

SEKSYEN
KESALAHAN/JENIS DADAH
HUKUMAN
39B
    * Memiliki 15 gm atau lebih heroin dan/atau morfin
    * Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
    * Memiliki 40 gm kokain atau lebih
    * Memiliki 200 gm atau lebih ganja
    * Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
    * Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants
      (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
Mati Mandatori
39(A)(2)
       

    * Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
    * Memiliki 250-1000 gm candu
    * Memiliki 50-200 gm ganja
    * Memiliki lebih 15-40 gm kokain
    * Memiliki lebih 750 gm daun koka
    * Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS)
      contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan
39(A)(1)
    * Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
    * Memiliki 100-250 gm candu
    * Memiliki 20-50 gm ganja
    * Memiliki 5-15 gm kokain
    * Memiliki 250-750 gm daun koka
    * Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS)
      contoh; syabu atau pil ecstasy
Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-
6B
Menanam atau mengusahakan pokok ganja


Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali
6
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi
Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00
9
Memiliki kurang 100 gm candu masak
-sama-
10
Alat-alat menghisap dadah
-sama-
12(2)
    *  Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
    * Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
    * Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusah pemulihan,lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
-sama-
Dirotan tidak lebih 3 sebatan
15(A)
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan
Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
15(B)
Berada di dalam premis tempat hisap dadah
Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00
SEKSYEN
KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN
3
   Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian :

1.     Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
2.     Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.
4
       

   Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :

   1. Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam
          * Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam bon.
          * Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.
5
   Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :

1.     Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
2.     Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan
kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan
6
Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah

1.     Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan.Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
          * Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
          * Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidaklebih 3 tahun.
7
Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret. Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.
19
Jagaan yang sah disisi undang-undang :

   1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
          * Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
          * Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
          * Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2.     Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.


SEKSYEN
KESALAHAN/JENIS DADAH
HUKUMAN
2
Seksyen 2 Akta ini telah memberi erti "harta yang menyalahi undang-undang" kepada 7 bahagian yang mana harta ini diperolehi memalui aktiviti pengedaran ini termasuklah saham, wang simpanan, rumah, tanah, kenderaan, perniagaan dan lain-lain harta alih atau tak alih.
3
       
Penggunaan harta untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atau mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengan Akta ini sama ada telah dilakukan atau sedang dijalankan.
Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun.
4
Mana-mana orang yang berurusniaga, mengguna, memegang, menerima atau menyembunyi mana-mana harta yang dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu ialah harta menyalahi undang-undang.
Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun.
21 (1)
Kuasa-kuasa khas mengenai penyiasatan

    * Semak Akaun
      Melalui perintah secara bertulis membenarkan mana-mana Pegawai Kanan Polis yang dinamakan dalam Perintah itu untuk menjalankan penyiasatan.
24 (7)
Melanggar larangan perintah mahkamah yang telah diwartakan atau menyembunyi atau memusnah dan mengubah apa-apa benda atau harta yang terjejas oleh perintah itu atau mengeluarkan harta yang terjejas dari Malaysia.
Denda tidak lebih dari RM 500,000.00
25(1)
Penyitaan Harta Alih

Harta alih yang semunasabahnya disyaki oleh seorang Pegawai Kanan Polis dalam hal perkara satu kesalahan di bawah Akta ini atau yang telah digunakn unuk melakukan kesalahan itu harta-harta yang menyalahi undang-undang, bolehlah disita.
26(4)
Peruntukan lanjut berhubung dengan penyitaan harta alih

    * Sita Akuan
             Penyitaan dilaksanakan oleh Pegawai Kanan Polis dengan menyampaikan satu perintah kepada orang itu melarang
menggunakan meminda milik atau mengurusniagakan harta itu serta menyerahkan harta kepada Pegawai Kanan Polis mengikut masa yang dinyatakan dalam perintah itu.
27 (1)
Peruntukan Khas Yang Berhubung Dengan Penyitaan Sesuatu Perniagaan

Jika semunasabahnya disyaki oleh seorang Pegawai Kanan Polis yang ditetapkan (Superintenden) bahawa apa-apa perniagaan sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadap pendakwaan kerana suatu kesalahan dibawah seksyen 3, seksyen 4 atau seksyen 24 97) akta ini atau suatu perniagaan yang didalamnya orang itu, atau saudaranya atau sekutunya mempunyai kepentingan yang berjumlah atau memberikan hak terhadap tidak kurang 30% daripada kesemua perniagaan itu, maka Pegawai Kanan Polis yang ditetapkan itu boleh melakukan mana-mana atau perkara berikut :

Melalui Perintah Bertulis
    * Mengarahkan takat dan cara perniagaan itu boleh dijalankan.
    * Mengarahkan atau mengawal perniagaan itu atau mana-mana bahagian yang dinyatakan.
    * Mengarahkan segala atau mana-mana bahagian hasil atau keuntungan perniagaan dibayar kepada Pemegang Amanah Raya untuk dipegang simpan sementara menanti arahan selanjutnya.
    * Mengarah atau melarang Pegawai atau pekerja daripada terlibat dengan apa jua cara dalam perniagaan.
    * Mengarahkan supaya premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau suaimanfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan.
28 (1)
Penyitaan Harta Alih

Seorang Pegawai Polis yang berpangkat Asisten Superintenden Polis atau lebih tinggi semunasabahnya mengesaki bahawa mana-mana harta tak alih ialah satu kesalahan dibawah Akta itu atau ialah harta yang menyalahi undang-undang, maka harta itu boleh disita.