Bil
|
Akta Dadah
|
Tujuan Akta
|
1
|
Akta Dadah Berbahaya 1952
|
Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang
lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan
dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat
peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap
kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
|
2
|
Akta Penagih Dadah.
(Rawatan dan Pemulihan)
1983 - (Pindaan) 1998
|
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983
(Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada
penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik
beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak
mengulangi pengagihan mereka.
|
3
|
Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985
|
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan
pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung
dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
|
4
|
Akta Dadah Berbahaya
(Perlucutan Harta) 1988
|
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan
mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan
dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan
dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
|
5
|
Akta Racun 1952
|
Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan,
pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud
bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk
apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi
bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di
dalam Jadual Kedua Akta ini.
|
SEKSYEN
|
KESALAHAN/JENIS DADAH
|
HUKUMAN
|
39B
|
* Memiliki 15 gm atau lebih
heroin dan/atau morfin
* Memiliki 1000 gm atau
lebih candu masak atau mentah
* Memiliki 40 gm kokain
atau lebih
* Memiliki 200 gm atau
lebih ganja
* Memiliki 2000 gm daun
koka atau lebih
* Memiliki 50 gm atau
lebih Amphetamine Type Stimulants
(ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
|
Mati Mandatori
|
39(A)(2)
|
* Memiliki 5-15 gm
heroin atau morfin
* Memiliki 250-1000 gm
candu
* Memiliki 50-200 gm
ganja
* Memiliki lebih 15-40
gm kokain
* Memiliki lebih 750 gm
daun koka
* Memiliki 30-50 gm
Amphetamine Type Stimulants (ATS)
contoh; syabu atau pil ecstasy
|
Tidak kurang lima tahun penjara atau
dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan
|
39(A)(1)
|
* Memiliki 2-5 gm
heroin atau morfin
* Memiliki 100-250 gm
candu
* Memiliki 20-50 gm
ganja
* Memiliki 5-15 gm
kokain
* Memiliki 250-750 gm
daun koka
* Memiliki 5-30 gm
Amphetamine Type Stimulants (ATS)
contoh; syabu atau pil ecstasy
|
Tidak kurang dua tahun penjara tetapi
tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali
-sama-
|
6B
|
Menanam atau mengusahakan pokok ganja
|
Penjara seumur hidup dan diwajibkan
sebatan rotan tidak kurang 6 kali
|
6
|
Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah
atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi
|
Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda
tidak lebih RM20,000.00
|
9
|
Memiliki kurang 100 gm candu masak
|
-sama-
|
10
|
Alat-alat menghisap dadah
|
-sama-
|
12(2)
|
* Memiliki kurang
2 gm heroin atau morfin
* Memiliki lain-lain
dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
* Pejawat awam yang
bertugas di penjara, pusah pemulihan,lokap polis atau mana-mana tempat
tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
|
-sama-
Dirotan tidak lebih 3 sebatan
|
15(A)
|
Memasukkan dadah (dadah-dadah yang
dijadualkan) ke dalam badan
|
Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda
tidak lebih RM5,000.00
|
15(B)
|
Berada di dalam premis tempat hisap dadah
|
Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda
tidak lebih RM5,000.00
|
SEKSYEN
|
KUASA-KUASA / SIASATAN / TAHANAN
|
|
3
|
Penahanan Penagih Dadah yang
disyaki untuk ujian-ujian :
1. Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki
sebagai penagih dadah.
2. Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak
lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.
|
|
4
|
Membawa Ke Hadapan Majistret
jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam :
1. Ujian tidak dapat disiapkan
dalam masa tempoh 24 jam
* Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa
dan di tempat yang dinyatakan dalam bon.
* Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan
kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh
14 hari untuk menjalani ujian.
|
|
5
|
Obligasi penagih dadah yang
disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian :
1. Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani
pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan
2. Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan
kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan
|
|
6
|
Perintah Majistret yang boleh dibuat
keatas penagih dadah
1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian
telah diperakui oleh Pegawai Perubatan.Pegawai itu hendaklah membawa orang
itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan :
* Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun
dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
* Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidaklebih 3 tahun.
|
|
7
|
Melanggari terma-terma bon yang
disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab
bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah
dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret. Majistret boleh memerintah orang
itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.
|
|
19
|
Jagaan yang sah disisi undang-undang :
1. Seseorang itu adalah
berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang.
* Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
* Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
* Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.
2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang
adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau
penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.
|
SEKSYEN
|
KESALAHAN/JENIS DADAH
|
HUKUMAN
|
2
|
Seksyen 2 Akta ini telah memberi erti "harta
yang menyalahi undang-undang" kepada 7 bahagian yang mana harta ini
diperolehi memalui aktiviti pengedaran ini termasuklah saham, wang simpanan,
rumah, tanah, kenderaan, perniagaan dan lain-lain harta alih atau tak alih.
|
|
3
|
Penggunaan harta untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti yang menjadi satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya
1952 atau mana-mana undang-undang asing yang bersamaan dengan Akta ini sama
ada telah dilakukan atau sedang dijalankan.
|
Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan
tidak lebih dari 20 tahun.
|
4
|
Mana-mana orang yang berurusniaga,
mengguna, memegang, menerima atau menyembunyi mana-mana harta yang dia
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta itu ialah
harta menyalahi undang-undang.
|
Penjara tidak kurang dari 5 tahun dan
tidak lebih dari 20 tahun.
|
21 (1)
|
Kuasa-kuasa khas mengenai penyiasatan
* Semak Akaun
Melalui
perintah secara bertulis membenarkan mana-mana Pegawai Kanan Polis yang dinamakan dalam Perintah itu untuk menjalankan penyiasatan.
|
|
24 (7)
|
Melanggar larangan perintah mahkamah yang
telah diwartakan atau menyembunyi atau memusnah dan mengubah apa-apa benda
atau harta yang terjejas oleh perintah itu atau mengeluarkan harta yang
terjejas dari Malaysia.
|
Denda tidak lebih dari RM 500,000.00
|
25(1)
|
Penyitaan Harta Alih
Harta alih yang semunasabahnya disyaki
oleh seorang Pegawai Kanan Polis dalam hal perkara satu kesalahan di bawah
Akta ini atau yang telah digunakn unuk melakukan kesalahan itu harta-harta
yang menyalahi undang-undang, bolehlah disita.
|
|
26(4)
|
Peruntukan lanjut berhubung dengan
penyitaan harta alih
* Sita Akuan
Penyitaan dilaksanakan oleh Pegawai
Kanan Polis dengan menyampaikan satu perintah
kepada orang itu melarang
menggunakan meminda milik atau mengurusniagakan
harta itu serta menyerahkan harta kepada
Pegawai Kanan Polis mengikut masa yang dinyatakan dalam
perintah itu.
|
|
27 (1)
|
Peruntukan Khas Yang Berhubung Dengan
Penyitaan Sesuatu Perniagaan
Jika semunasabahnya disyaki oleh seorang
Pegawai Kanan Polis yang ditetapkan (Superintenden) bahawa apa-apa perniagaan
sedang dijalankan oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang terhadap pendakwaan
kerana suatu kesalahan dibawah seksyen 3, seksyen 4 atau seksyen 24 97) akta
ini atau suatu perniagaan yang didalamnya orang itu, atau saudaranya atau
sekutunya mempunyai kepentingan yang berjumlah atau memberikan hak terhadap
tidak kurang 30% daripada kesemua perniagaan itu, maka Pegawai Kanan Polis
yang ditetapkan itu boleh melakukan mana-mana atau perkara berikut :
Melalui Perintah Bertulis
* Mengarahkan takat dan
cara perniagaan itu boleh dijalankan.
* Mengarahkan atau
mengawal perniagaan itu atau mana-mana bahagian yang dinyatakan.
* Mengarahkan segala
atau mana-mana bahagian hasil atau keuntungan perniagaan dibayar kepada Pemegang Amanah Raya untuk dipegang simpan sementara menanti arahan
selanjutnya.
* Mengarah atau
melarang Pegawai atau pekerja daripada terlibat dengan apa jua cara dalam perniagaan.
* Mengarahkan supaya
premis tempat perniagaan itu dijalankan ditutup dan, jika perlu atau
suaimanfaat, diletakkan di bawah kawalan atau jagaan.
|
|
28 (1)
|
Penyitaan Harta Alih
Seorang Pegawai Polis yang berpangkat
Asisten Superintenden Polis atau lebih tinggi semunasabahnya mengesaki bahawa
mana-mana harta tak alih ialah satu kesalahan dibawah Akta itu atau ialah
harta yang menyalahi undang-undang, maka harta itu boleh disita.
|